Lima agensi lakukan sanitasi di Wisma Jubli

Facebook
WhatsApp
JALINAN KERJASAMA… PPgB Mahmudin Narudin (tengah) bergambar bersama petugas-petugas yang turut serta menjalankan operasi sanitasi.

SARIKEI: Lima agensi kerajaan telah bekerjasama menjalankan operasi sanitasi di Wisma Jubli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, selain pihak bomba, agensi yang turut serta ialah Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Ukur.

“Seramai enam anggota bomba bertugas menjalankan operasi sanitasi di Wisma Jubli, petang semalam (kelmarin).

“Keluasan bangunan Wisma Jubli yang di sanitasi adalah 9,400 meter persegi (m2),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.

Tambahnya, operasi sanitasi dijalankan bermula jam 2.35 petang.

“Penyemburan dilakukan oleh enam anggota bomba di seluruh kawasan di dalam bangunan di setiap tingkat serta sekeliling kawasan luar bangunan.

“Kerja-kerja decon atau pembersihan telah dilakukan kepada enam anggota bomba yang melakukan sanitasi selepas selesai operasi sanitasi,” katanya.

Jelasnya, operasi sanitasi tamat pada jam 4.30 petang.

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus