PUISI ini disiarkan seperti mana yang diterima daripada penulis tanpa disunting dan diubah suai. Ulasan atau bimbingan untuk puisi ini akan disiarkan pada keluaran yang akan datang.
Sujud
Hari ini aku rebah dalam tangis yang
enggan henti
tangan dan kaki aku rapatkan ke bumi
seluruh tubuh aku rundukkan
menghadap Ilahi
seorang hamba angkuh
kini kalah pada takdir yang telah
dimungkiri.
Ya Rabb
andai ini sujud terakhirku
sematkan berkat dalam setiap rezekiku
sisipkan restu dalam setiap doaku.
kurniakan keampunan buat setiap ung
kapan taubatku
Azreen Azirah
Union Yes Retreat Resort
24 Oktober 2020
Aku Masih Fasih Berterima Kasih
Kutinggalkan Kuching
tika fajar menyingsing
menuju Bintulu
dengan hasrat satu yang jitu
kerana aku masih
fasih berterima kasih
maka aku akan kembali
ke sekolah rendah
untuk memangkah
sengaja kubalik awal
agar dapat kuberkongsi dengan
ayah
tentang lambang yang telah
berubah
ada kenyalang hitam merah
ada kenyalang terbang rendah
jadi usahlah tersalah pangkah
kerana di atas kertas penentu
hanya ada warna hitam yang satu
kepada ayah akan kucerita
kali ini bukan seperti yang biasa
jangan dicari lambang timbang tara
ayah juga pernah berulang pesan
anak yayasan
jangan lupa jasa kerajaan
kerana masih fasih berterima kasih
aku balik untuk memilih
Affindi Hj. Jahari
Kuching-Bintulu
Airasia 17.12.2021
P.D.P.R
Pengalaman bekalan rasa
Menggilapkan akar pintar
Menunjang kematangan
Pintamu wahai murabbi mendatang
Bicara wadah rohani dunia
Bicara wadah abadi hakam
Bicara wadah fanaan alam
Diwarisikan fasa mendepan
Kepala segala nyata
Moga ilmu tidak dipersiakan
Cahaya disapu kelam
Panas menanti rasa
Digulingkan norma baharu
Mengaplikasikan semula imbasan era
moyang dahulukala
Umpama momen Perang Dunia
Pertama
Umpama momen kemelesetan ekonomi
90-an
Umpama momen zaman penjajahan
Jepun
Menafsirkan protokol norma-norma
seawal
Harapan mengerti ap a itu kesusahan
P.D.P.R
Ketikan kanta sedia
Digital lensa sedia
Bersemuka maya memudahkan
Memacukan lelangit pembelajaran yang
terbatalkan
Bagaikan bidang dirujuk semula
Langkah terhenti
Rangkaian sekati
Ketidakstabilan fenomena waktu
bergenting
Arus pengajaran tertunda berhari
Menjejaskan tali pengetahuan dan
manfaat sebuah pembelajaran hakiki
Zainulariffin Zawawi
Mukah, Sarawak.