RATU Elizabeth hanya mengalami gejala ringan seperti selesema. • Foto AFP
LONDON: Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19, lapor AFP semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Istana Buckingham selepas dua minggu mengunci mulut mengenai keadaan kesihatan ratu berusia 95 tahun itu.
“Buat masa ini, baginda hanya mengalami simptom ringan seperti selesema dan akan terus dipantau oleh pasukan perubatan diraja.
“Baginda dijangka akan meneruskan tugasan diraja dalam skala ringan pada minggu-minggu akan datang,” demikian menurut kenyataan istana.
Jangkitan Ratu Elizabeth dipercayai adalah daripada anakandanya, Putera Charles yang disahkan positif 10 hari lalu diikuti isterinya, Camilla tiga hari kemudian. – AFP