PENYERANG Manchester United, Anthony Elanga (tengah) berebut bola dengan penjaga gol Brighton, Robert
Sanchez semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di Manchester, semalam. • Foto AFP
CRISTIANO Ronaldo menamatkan kemarau gol enam perlawanan semalam ketika Manchester United bangkit daripada persembahan hambar dalam separuh masa pertama untuk menewaskan 10 pemain Brighton 2-0 sekali gus mendaki kembali ke empat tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.
Perlawanan itu berubah secara mendadak pada awal separuh masa kedua, dengan Ronaldo menjaringkan gol pertamanya pada 2022 sebelum Lewis Dunk dibuang padang tiga minit kemudian.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah masih berjaya mengatasi keadaan cuaca buruk telah mensia-siakan beberapa peluang besar u menggandakan kelebihan mereka sehingga Bruno Fernandes mengesahkan kedudukan 2-0.
Anak didik Ralf Rangnick mendahului dalam separuh masa untuk seri 1-1 dalam tiga perlawanan sebelum ini dalam semua aksin, kehilangan mata penting dalam liga dan tersingkir dari Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti.
Rangnick memuji Ronaldo yang berusia 37 tahun yang kembali dalam senarai penjaring buat kali pertama sejak 30 Disember.
“Sangat penting bukan sahaja dia menjaringkan gol tetapi ia adalah gol yang cemerlang,” katanya. “Ia penting untuk kami semua, tetapi persembahan keseluruhannya adalah antara yang terbaik sejak saya tiba di sini.”
Penyerang Anthony Elanga dan pemain tengah Fred tersenarai dalam kesebelasan utama United menggantikan Marcus Rashford dan Paul Pogba, dengan pertahanan Raphael Varane turut terlepas kerana sakit.
Tiga mata itu mengangkat United ke tempat keempat kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA, dua mata di depan West Ham dan empat mata di belakang Chelsea yang berada di tempat ketiga, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Arsenal, Wolves dan Tottenham juga berada dalam jarak yang baik di bawah United dan semuanya mempunyai perlawanan dalam tangan. – AFP