EROPAH: Hari kemenangan Perang Dunia Kedua di Eropah disambut
dengan sederhana tahun ini.
Ini adalah ulang tahun ke-75 berakhirnya konflik Perang Dunia Kedua di Eropah.
Di Jerman, Brandenburg Gate dinyalakan dengan lampu ucapan terima kasih dalam
empat bahasa.
Perang Dunia Kedua di Eropah tamat pada 8 Mei 1945 dengan Tentera Nazi menyerah
kalah kepada kuasa bersekutu.
Sementara itu, di UK, Ratu Elizabeth Kedua menzahirkan
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada generasi kini yang tinggal di rumah
untuk melawan penularan Covid-19.
Dalam titahnya, Ratu Elizabeth turut menzahirkan penghargaan kepada generasi
Perang Dunia Kedua atas kekuatan dan keberanian mereka di medan perang sekitar
75 tahun lepas.
Sambutan VE Day di UK suram dan sederhana akibat penularan Covid-19 dan arahan tinggal di rumah.-AFP