UNIMAS guna PdP untuk semester baru

Facebook
WhatsApp
TUMPUAN… Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi semasa memberi ucapan ringkas
kepada pelajar IPT Zon Sarawak yang dihantar pulang ke destinasi masing-masing bertempat di DeTAR PUTRA, UNIMAS.

KOTA SAMARAHAN: Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menyatakan permulaan Semester 2 Sesi 2019/2020 bagi pelajar UNIMAS yang dijangka bermula pada 9 Jun 2020 akan diteruskan menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Beliau berkata penggunaan PdP adalah selaras dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebelum ini supaya kuliah secara dalam talian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dijalankan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Kita tidak membenarkan pelajar kembali ke kampus kecuali dengan alasan tertentu seperti ketiadaan akses internet untuk memulakan pengajian di kampung halaman,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan ringkas kepada pelajar IPT Zon Sarawak yang dihantar pulang ke destinasi masing-masing bertempat di DeTAR PUTRA, UNIMAS, semalam.

Naib Canselor menambah, PdP di UNIMAS akan menggunakan sistem eLEAP.

Selain untuk pelaksanaan kuliah atas talian, sistem ini juga membolehkan pensyarah-pensyarah membekalkan kandungan-kandungan bahan pembelajaran dan merancang aktiviti PdP kepada pelajar masing-masing dari masa ke masa.

Dalam ucapan sama, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi juga menasihati pelajar IPT Zon Sarawak yang pulang ke kampung halaman supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti amalan penjarakan sosial serta pemakaian topeng mulut dan hidung.

Beliau juga berharap para pelajar mengurangkan pergerakan di luar dan hanya keluar membeli barang keperluan yang diperlukan sahaja bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 di kalangan pelajar.

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus