Mangsa banjir terima bantuan

Facebook
WhatsApp
PENGHANTARAN… Destinasi pertama bantuan banjir di Kampung Benawa.

MARUDI : Penghantaran bekalan makanan untuk mangsa banjir di 13 buah kampung di Baram berjaya dilaksanakan.

Kumpulan yang menghantar bantuan berkenaan bertolak Rabu lepas pada jam 9.00 pagi dan selamat sampai ke Marudi kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Penghantaran melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi, Rela, Angkatan Pertahanan Awam dan sukarewalan menggunakan kapal kargo.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 6 Miri, Law Poh Kiong, sebanyak 677 bungkusan telah dihantar kepada kampung-kampung sepanjang Sungai Baram yang terlibat banjir.

Persingghan pertama ialah ke kampung Benawa dengan 90 jumlah bungkusan disalurkan kepada penduduk kampung terbabit.

Kampung-kampung lain yang menerima bantuan berkenaan ialah Rh Vincent Tanjung Upar ( 66)  bungkusan Rh Mugang Tanjung Upar (54 ), Rh Jipun Tanjung Upar

( 30 ), Rh Gerinang Logan Tasong (14), Lubok Kulat ( 6 ), Long Maro

( 60), Kuala Tutoh (142), Long Patan ( 26), Long Pahlo ( 29) dan Long Ukok (32).

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus