Tingkat dua rumah Chong terbakar

Facebook
WhatsApp
BOMBA memadam kebakaran di lokasi.

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Rumah Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen di Jalan Nyiur telah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku pada petang Khamis lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata pihak Bomba telah menerima laporan kejadian pada jam 4.54 petang.

“Susulan dari panggilan, Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Batu Lintang telah diarah bergerak ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar di bahagian atas bangunan.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik di bahagian atas yang berkeluasan 20 kaki x 30 kaki,” jelasnya.

Tiong mengatakan terdapat lima mangsa semasa kejadian berlaku iaitu dua lelaki dan tiga wanita.

“Kebakaran terkawal pada jam 5.18 petang dan sekarang pihak Bomba masih menjalankan kerja-kerja pemadaman secara menyeluruh untuk memastikan tiada punca api lagi,” katanya.

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus