JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) memaklumkan seramai 13 orang maut akibat letusan Gunung Berapi Semeru.
Menurut laporan AFP, perkara itu disahkan Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari.
“Ia (13 orang maut). Kita akan kemas kini laporan ini dari semasa ke semasa,” katanya.
Menurutnya, daripada 13 yang maut, hanya dua yang sudah dikenal pasti identitinya.
“Selain 13 maut, 41 pula cedera,” katanya.
Semalam Gunung Semeru meletus menghemburkan debu panas di Lumajang, Jawa Timur.-AFP