Tedung Melancar julang Piala Ahli Parlimen Batang Lupar

Facebook
WhatsApp
MOHAMAD Shafizan merakamkan gambar bersama kesemua pemenang. Foto P201 Batang Lupar

SEBUYAU, 29 Nov: Pasukan Tedung Melancar muncul juara Pertandingan Bola Sepak Veteran Piala Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar selepas menewaskan Kastom Veteran 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebelu, petang tadi.

Kemenangan tipis itu membolehkan Tedung Melancar membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala dan pingat, manakala Kastom Veteran selaku naib juara menerima wang tunai RM3,500 berserta piala dan pingat.

Pasukan di tempat ketiga pula menerima wang tunai RM2,000 berserta piala dan pingat, sementara pasukan di tempat keempat membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala.

Kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 29 November itu dianjurkan oleh Persatuan Angkatan Belia Bersatu Tebelu (PABBT) sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan.

MOHAMAD Shafizan menyampaikan hadiah kepada pengurus pasukan dan pemain pasukan Tedung Melancar. Foto P201 Batang Lupar

Penganjuran kejohanan itu turut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Majlis penutupan kejohanan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli.

Pada majlis berkenaan, beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada jawatankuasa penganjur bagi melaksanakan kerja-kerja gotong-royong membaik pulih padang berkenaan.

Sumbangan itu bertujuan memastikan kemudahan sukan tersebut berada dalam keadaan lebih baik dan selesa untuk digunakan oleh masyarakat setempat.

MOHAMAD Shafizan melakukan sepak mula perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Veteran Piala Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar. Foto P201 Batang Lupar

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha meneruskan pertandingan bola sepak veteran itu pada tahun hadapan bagi memastikan aktiviti sukan komuniti terus berkembang.

Selain itu, beliau menggalakkan penganjuran pertandingan bola sepak kategori bawah 16 tahun sebagai usaha mencungkil bakat baharu dan menyediakan pelapis bagi pembangunan sukan bola sepak pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

FIFA sahkan menjadi mangsa serangan siber

LONDON, 26 November: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjadi mangsa serangan siber, namun pencerobohan data itu tidak melibatkan dokumen berkaitan rancangan