KUCHING, 28 Nov: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 menyaksikan 53 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dipertandingkan selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 29 kerusi tanpa bertanding.
Lima parti lain, iaitu PBDS, PBK, DAP, PBM dan ASPIRASI turut menyertai saingan kali ini, selain penyertaan 22 calon Bebas.
PBDS bertanding di 29 kerusi, diikuti PBK dengan 17 kerusi, DAP 14 kerusi, PBM tiga kerusi dan ASPIRASI satu kerusi.
Dengan berakhirnya proses penamaan calon hari ini, setiap calon kini mempunyai peluang untuk mengetengahkan agenda dan aspirasi masing-masing bagi meraih sokongan pengundi.
Kini, tumpuan beralih kepada kempen pilihan raya menjelang pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember ini.
Oleh Norman B




