Lebih 1,000 penyokong iringi Nurfatin ke PPC Bekenu

Facebook
WhatsApp
SEDIA... Calon baru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Nurfatin Syafawani Tahamat, 34, dari Parti Gabungan Sarawak (GPS) bersama Pencadang Richard Pei, 66, dan Penyokong Kaunselor Hadijah Sheikh Kasim, 69, telah masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC) pada 8.08 pagi.

BEKENU, 28 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Nurfatin Syafawani Tahamat, 34, tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) pada 8.08 pagi, hari ini.

Beliau hadir bersama pencadang, Richard Pei, 66, dan penyokong, Kaunselor Hadijah Sheikh Kasim, 69.

Ketibaan Nurfatin turut diiringi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, serta Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni.

Rombongan berkenaan bertolak dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu pada 8.00 pagi dengan disertai lebih 1,000 penyokong GPS yang turut mengiringi calon ke PPC.

Sementara itu, kelibat calon daripada parti lawan dan calon Bebas masih belum kelihatan di sekitar PPC yang terletak di Dewan Masyarakat Bekenu.

Oleh Adum Liu