Rumah agam William dan Kate di luar bandar ‘dipecah masuk’

Facebook
WhatsApp
PUTERA Wales, William (kanan), dan Puteri Wales, Catherine. Foto Fail AFP

LONDON, 24 November: Kediaman Putera dan Puteri Wales di luar bandar dilaporkan diceroboh, menurut laporan media British hari ini, lapor PA Media/dpa.

Menurut akhbar The Sun, polis sedang menyiasat kejadian pecah masuk di Anmer Hall di Norfolk pada Isnin malam.

Difahamkan tiada anggota keluarga diraja berada di kediaman itu ketika kejadian pecah masuk yang didakwa berlaku.

Anmer Hall, sebuah kediaman percutian di luar bandar yang mempunyai 10 bilik tidur, merupakan hadiah daripada mendiang Ratu Elizabeth II kepada pasangan itu selepas perkahwinan mereka.

Kediaman agam terpencil yang dibina daripada bata merah dengan seni bina gaya Georgian itu terletak di estet persendirian Sandringham di Norfolk, tidak jauh dari Sandringham House, antara kediaman peribadi Raja Charles.

Istana Kensington memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengulas mengenai perkara berkaitan keselamatan.- Bernama-PA Media/dpa