KWSP sambung semula perkhidmatan

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan tertentu di cawangan yang terletak di negeri Pulau Pinang pada 8 Mei 2020, Kedah pada 10 Mei 2020 dan Kelantan pada 11 Mei 2020.

KWSP berkata Wilayah Persekutuan, Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu akan menyambung semula operasi mereka hari ini sementara cawangan di Pahang, Sabah dan Sarawak akan kekal tutup sehingga dimaklumkan kelak.

“Bagi menjaga kesihatan dan keselamatan ahli dan kakitangan KWSP, kami akan terus melaksanakan beberapa syarat yang ketat di cawangannya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

KWSP berkata perkhidmatan yang akan disediakan di cawangan-cawangan yang dinyatakan adalah bagi urusan Pengeluaran Umur 50/55/60, Pengeluaran Kesihatan dan pengaktifan serta pengemaskinian maklumat i-Akaun.

Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan ketika hadir di cawangan dan hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di laman sesawang www.kwsp.gov.my.

Para majikan tidak dibenarkan untuk hadir di cawangan kerana semua perkhidmatan boleh dilakukan dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing, kata KWSP.- Bernama

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus