De Bruyne tetap menghargai pemilik Man City meskipun kelab berdepan pertuduhan kewangan

Facebook
WhatsApp
PEMAIN tengah Napoli dari Belgium, Kevin De Bruyne (#11), menghadiri sidang media di Stadium Etihad, Manchester, barat laut England, pada 23 November 2026, menjelang perlawanan fasa liga Liga Juara-Juara UEFA menentang Manchester City. Foto AFP

MANCHESTER, United Kingdom, 24 November: Kevin De Bruyne berkata, penghargaan beliau terhadap pemilik Manchester City tidak terjejas susulan keputusan yang mendapati kelab itu bersalah melanggar peraturan kewangan, meskipun kes berkenaan berpotensi menjejaskan legasinya bersama kelab gergasi England itu.

Pemain tengah Napoli itu akan kembali ke Stadium Etihad bagi aksi Liga Juara-Juara, lebih setahun selepas menamatkan tempoh 10 tahun bersama Manchester City.

De Bruyne memenangi enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan satu trofi Liga Juara-Juara sepanjang era kegemilangan City, sekali gus meletakkan namanya dalam kalangan pemain terhebat sepanjang sejarah kelab itu.

Bagaimanapun, beberapa gelaran berkenaan berkemungkinan dilucutkan sekiranya City gagal mengetepikan keputusan yang mendapati kelab itu bersalah atas lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan kewangan EPL antara 2009 hingga 2018.

“Saya bangga dengan pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan sejujurnya, ini kelab saya. Saya menyayangi pemiliknya,” kata De Bruyne kepada pemberita.

“Saya juga pernah berbincang dengan (Pengerusi) Khaldoon (Al Mubarak) mengenai cara membeli sebuah kelab.”

“Saya amat menyayangi kelab ini dan perasaan itu tidak akan berubah. Saya dan keluarga dilayan dengan baik sepanjang 10 tahun berada di sini.”

Pemain Belgium itu turut menolak tanggapan bahawa pencapaiannya di atas padang kini terjejas susulan pelanggaran peraturan kewangan oleh City.

“Dalam kehidupan, terdapat peraturan tetapi semua orang cuba memanfaatkan ruang sehingga ke hadnya,” katanya.

“Saya bermain di atas padang, dalam kawasan yang dibatasi garisan putih. Saya bersaing dengan pemain lain dan melalui pelbagai pengalaman bersama pasukan serta rakan sepasukan. Itulah perkara yang paling saya hargai.”

Napoli kini berdepan risiko tersingkir awal daripada Liga Juara-Juara selepas tewas dalam tiga daripada empat perlawanan Eropah pertama mereka musim ini.

Kelab Itali itu berada di kedudukan ke-27 dalam carta 36 pasukan, dengan hanya 24 pasukan teratas layak ke pusingan seterusnya.

Prestasi Manchester City dalam EPL merosot sejak keputusan bersalah itu menimbulkan ketidaktentuan mengenai kedudukan masa depan kelab berkenaan dalam saingan liga utama England.

City berkemungkinan berdepan pemotongan mata yang besar dan malah diturunkan ke liga lebih rendah sekiranya rayuan mereka ditolak.

Bagaimanapun, skuad kendalian Enzo Maresca memenangi tiga daripada empat perlawanan Liga Juara-Juara setakat ini, sekali gus berada dalam kelompok lapan pasukan teratas yang layak secara automatik ke pusingan 16 terakhir. – AFP

KASUS Batu Kitang perkukuh perpaduan masyarakat

KUCHING, 23 November: Karnival Sukan Saberkas (KASUS) Cawangan Batu Kitang 2026 menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat apabila menghimpunkan peserta daripada