PDP akan pertahan kesemua lapan kerusi DUN pada PRN-13 – Tiong

Facebook
WhatsApp
PRESIDEN PDP, Dato Sri Tiong King Sing berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

PETRA JAYA, 22 November: Parti Demokratik Progresif (PDP) menyasarkan untuk mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Menurut Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing, pendirian itu mencerminkan komitmen PDP untuk terus memperkukuh kedudukannya dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya akan datang.

“PDP yakin kepimpinan Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mampu mengekalkan keharmonian gabungan itu serta memimpin GPS ke arah kemenangan.

“Saya yakin dengan kebijaksanaan dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier untuk terus mengekalkan keharmonian dalam GPS dan memimpin kita ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Gabungan Parti Sarawak (GPS), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau yakin PDP mampu memenangi dan mempertahankan kesemua lapan kerusi berkenaan di bawah GPS.

Untuk rekod, PDP memenangi lima kerusi pada PRN Sarawak ke-12 pada 2021, manakala tiga lagi kerusi, iaitu Bawang Assan, Engkilili dan Ba’kelalan, diperoleh susulan pembubaran PSB pada 2024, menjadikan jumlah keseluruhan lapan kerusi DUN yang kini dimiliki parti itu.

Oleh Masrin Affirah

Eksklusif: Rakyat bukan bidak percaturan

DALAM kesibukan parti-parti politik menyusun strategi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, pelbagai percaturan mengenai kerusi, calon, penyandang dan