Kesihatan diri tanggungjawab seorang muslim

Facebook
WhatsApp
PENGUNJUNG melawat Baluarte de San Diego di Intramuros, Manila yang merupakan kubu batu berbentuk bulat tertua dari abad ke-16 peninggalan era penjajahan Sepanyol. Asalnya berfungsi sebagai menara tinjau, struktur ini kemudiannya diperluas menjadi kubu pertahanan dan berjaya kekal utuh mengharungi Pertempuran Manila serta pelbagai perubahan zaman. Foto BERNAMA

ISLAM amat menitikberatkan kebersihan dan mewajibkan umatnya menjaga kebersihan diri serta persekitaran. Dalam kitab fiqah, bab pertama yang dibahaskan ialah mengenai bersuci.

Bersuci bukan sekadar merujuk kepada kebersihan diri, pakaian dan tempat, malah merangkumi aspek makanan, minuman serta perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Islam mengajar umatnya agar sentiasa menjaga kebersihan, baik dari segi rohani mahupun jasmani.

Antara ayat awal yang diturunkan kepada Rasulullah SAW juga berkaitan dengan kebersihan, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Muddaththir, ayat 1 hingga 6, yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia, dan Tuhanmu maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya, dan pakaianmu maka hendaklah engkau bersihkan, dan segala kejahatan maka hendaklah engkau jauhi dan janganlah engkau memberi sesuatu dengan tujuan hendak mendapat lebih banyak daripadanya.”

Ayat tersebut menjelaskan perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menyeru manusia mentauhidkan Allah SWT, membersihkan pakaian daripada kekotoran, menjauhi maksiat serta mengikhlaskan segala pemberian kepada orang lain kerana Allah SWT.

Kebersihan juga sering dikaitkan dengan keimanan seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.” (Riwayat Muslim).

Ibn Taymiyyah turut menjelaskan bahawa sunnah Rasulullah SAW membawa ajaran untuk menghindari kekotoran pada tubuh badan, sebagaimana turut mengajar manusia agar menjauhi kekotoran rohani.

MENJAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN

Islam turut menitikberatkan kebersihan persekitaran dan tempat kediaman. Persekitaran yang bersih dapat membantu mencegah penularan penyakit yang dibawa oleh nyamuk, tikus, lipas, lalat dan sebagainya.

Oleh itu, menjaga kebersihan persekitaran merupakan tuntutan yang perlu dipenuhi oleh setiap Muslim.

Tanggungjawab ini juga merupakan sebahagian daripada usaha memelihara kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Taha, ayat 53 hingga 54, yang bermaksud: “(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan untuk lalu lalang; dan dia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu, sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam ciptaan Allah SWT. Oleh itu, menjadi tanggungjawab manusia untuk mengurus dan memelihara alam serta persekitaran dengan sebaik-baiknya.

Perbuatan mencemarkan, merosakkan dan memusnahkan alam sekitar merupakan perbuatan mungkar yang perlu dijauhi.

Manusia tidak berhak merosakkan alam sekitar sesuka hati kerana segala yang ada di bumi merupakan milik Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf, ayat 56, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah SWT memperbaikinya, dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

Sebagai Muslim, kita hendaklah memainkan peranan dalam menjaga kebersihan persekitaran dan membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Persekitaran yang bersih bukan sahaja menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup, malah mencerminkan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di bumi.

Oleh itu, usaha memelihara kebersihan perlu dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan kehidupan di dunia dan akhirat.



Menemui Uwais Al-Qarni

ISLAM telah tersebar di Yaman sejak zaman Rasulullah SAW. Ketika hayat baginda, Muaz bin Jabal dan Saidina Ali bin Abu Talib pernah diutuskan ke Yaman sebagai qadi dan gabenor bagi menjalankan urusan pemerintahan serta menyampaikan ajaran Islam.

Uwais bin Amir al-Qarni merupakan antara individu yang memeluk Islam ketika agama itu mula tersebar di Yaman. Beliau memeluk Islam semasa hayat Rasulullah SAW, namun tidak pernah berkesempatan bertemu baginda.

Uwais sebenarnya amat berhasrat untuk bertemu Rasulullah SAW, tetapi terpaksa mengetepikan keinginan tersebut kerana tanggungjawab menjaga ibunya.

Usair bin Jabir meriwayatkan bahawa setiap kali rombongan dari Yaman datang menemui Umar bin al-Khattab, beliau akan bertanya sama ada Uwais bin Amir turut berada dalam rombongan tersebut.

Pada suatu hari, Umar bertemu Uwais lalu bertanya, “Apakah kamu Uwais bin Amir?”

Uwais menjawab, “Ya, benar. Aku Uwais.”

Umar kemudian bertanya sama ada Uwais berasal dari Murad dan Qaran. Uwais mengiyakan pertanyaan tersebut.

Umar turut bertanya tentang penyakit kusta yang pernah dialaminya, yang telah sembuh kecuali meninggalkan kesan sebesar dirham pada tubuhnya, serta sama ada ibunya masih hidup. Uwais membenarkan semua pertanyaan tersebut.

Umar lalu berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan dari Yaman, berasal dari Murad dan Qaran, pernah menghidap penyakit kusta tetapi sembuh kecuali meninggalkan kesan sebesar dirham, serta masih mempunyai ibu yang dijaganya dengan penuh bakti.

Rasulullah SAW juga menyebut bahawa Uwais ialah seorang yang doanya mudah dimakbulkan. Baginda berpesan agar sesiapa yang berpeluang bertemu Uwais meminta beliau mendoakan keampunan untuk mereka.

Umar kemudian meminta Uwais mendoakan keampunan untuknya. Uwais pun mendoakan Umar. Selepas itu, Umar bertanya ke mana Uwais hendak pergi. Uwais menjawab bahawa beliau ingin ke Kufah.

Umar menawarkan untuk menulis surat kepada pegawai di Kufah bagi memudahkan urusan Uwais, tetapi Uwais menolak dengan sopan kerana lebih selesa hidup bersama rakyat biasa.

Kisah Uwais al-Qarni memperlihatkan keutamaan berbakti kepada ibu, sifat rendah hati serta keikhlasan dalam beribadah.

Walaupun beliau tidak berkesempatan bertemu Rasulullah SAW, kedudukannya di sisi Allah SWT begitu istimewa kerana keimanan, ketaatan dan baktinya kepada ibunya. (Riwayat Muslim)

Hidup senang, kembali tenang

SETIAP orang mengimpikan kehidupan yang selesa. Kita bekerja keras, mencari rezeki dan mengumpul harta demi masa depan yang lebih baik.

Kesihatan diri tanggungjawab seorang muslim

ISLAM amat menitikberatkan kebersihan dan mewajibkan umatnya menjaga kebersihan diri serta persekitaran. Dalam kitab fiqah, bab pertama yang dibahaskan ialah