MANILA, 15 November: ASEAN melancarkan logo baharu dan memperkenalkan reka bentuk bendera yang dikemas kini pada upacara pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Manila pada Ahad, sekali gus menandakan peluasan keanggotaan blok serantau itu kepada 11 negara susulan kemasukan Timor-Leste.
Pemimpin ASEAN menyaksikan upacara menaikkan bendera baharu itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina yang diketuai Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN.
Menurut Pejabat Komunikasi Presiden Filipina, bendera berkenaan menampilkan 11 tangkai padi yang dilingkungi bulatan merah dan putih dengan latar belakang biru, masing-masing melambangkan sebuah negara anggota.
Sebelas tangkai padi itu mencerminkan pertambahan keanggotaan ASEAN kepada 11 negara.
“Tahun ini, Protokol Cebu menandakan satu lagi langkah dalam perjalanan itu, mencerminkan ASEAN yang dianggotai 11 negara dan bersama-sama membentuk masa depan,” kata Marcos pada upacara pembukaan berkenaan. – Bernama




