KUCHING, 6 November: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, mengadakan perjumpaan bulanan baru-baru ini yang turut menyaksikan majlis pemakaian pangkat DSP Rathna Borhan serta sambutan kepada pegawai dan anggota baharu yang menyertai jabatan itu.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua JSJK Sarawak ACP Maria Rasid sebagai pengiktirafan terhadap kenaikan pangkat DSP Rathna serta amanah dan tanggungjawab diberikan kepadanya.
Majlis turut mengalu-alukan dua anggota baharu JSJK IPK Sarawak, iaitu Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohd Izwan Kamarudin, dan Sarjan Risikan/Operasi (2), Sarjan Eddie Margie.

Seramai 21 warga JSJK IPK Sarawak yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam menghadiri perjumpaan tersebut.
Perjumpaan bulanan itu menjadi platform untuk memperkukuh komunikasi, mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta meningkatkan komitmen seluruh warga jabatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Seluruh warga JSJK Kontinjen Sarawak merakamkan ucapan tahniah kepada DSP Rathna atas kenaikan pangkat tersebut serta berharap beliau terus mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan dan kepimpinan.
Ucapan selamat datang dan selamat bertugas turut ditujukan kepada ASP Mohd Izwan dan Sarjan Eddie yang baharu menyertai jabatan itu. Kehadiran mereka diharap dapat memperkukuh pasukan serta meningkatkan kecemerlangan JSJK Kontinjen Sarawak.
Oleh Connie Chieng


