Sumbangan prihatin buat keluarga mendiang Zuzan Michael Japang di Lubok Antu

Facebook
WhatsApp
PENYAMPAIAN sumbangan telah dilakukan oleh Ethan Huang Qi Sheng, anak kepada Huang Huat Khai kepada keluarga mendiang di Rumah Basi Bajai, Sungai Ara. Foto Huang Huat Khai

LUBOK ANTU, 10 November: Keprihatinan terhadap keluarga yang kehilangan insan tersayang terus dizahirkan oleh Huang Huat Khai menerusi penyampaian bantuan kepada keluarga mendiang di sekitar Lubok Antu.

Dalam kunjungan itu, sumbangan disampaikan kepada keluarga mendiang Zuzan Michael Japang yang menetap di Rumah Basi Bajai, Sungai Ara, bagi membantu meringankan beban mereka selepas pemergian insan tersayang.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai itu diterima oleh Maryanna Gundol, ibu kepada mendiang, yang turut menzahirkan penghargaan atas ingatan serta sokongan yang diberikan kepada keluarganya ketika melalui saat sukar.

Sumbangan berkenaan disampaikan bagi pihak Huang Huat Khai oleh anaknya, Ethan Huang Qi Sheng, sebagai tanda keprihatinan bapanya terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Menurut Huang Huat Khai, amalan saling membantu dan menyokong antara satu sama lain amat penting, khususnya ketika sesebuah keluarga berdepan kehilangan insan tersayang.

Beliau berkata, meskipun sumbangan itu tidak mampu menggantikan kehilangan yang dialami, bantuan berkenaan sekurang-kurangnya diharap dapat memberikan sedikit kelegaan serta sokongan moral kepada keluarga terbabit.

Inisiatif seumpama itu diharap dapat terus menyemarakkan semangat perpaduan, kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat di Lubok Antu, sekali gus memastikan keluarga yang ditimpa musibah tidak berasa terpinggir ketika menghadapi saat sukar.

Oleh Adi Safarman

280 permohonan STR diserahkan kepada LHDN

KUCHING: Sebanyak 280 permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) petang tadi susulan inisiatif