Majlis Ulama Indonesia haramkan penggunaan rokok elektronik

Facebook
WhatsApp
Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan, pengeluaran dan penjualan rokok elektronik atau vape berikutan risiko kesihatan serta potensi penyalahgunaannya untuk pengambilan dadah.

JAKARTA, 10 November: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape berikutan risiko kesihatan, kesan terhadap alam sekitar serta potensi penyalahgunaannya bagi pengambilan dadah.

Ketua MUI Bidang Fatwa Prof Asrorun Ni’am Sholeh berkata ketetapan itu dibuat menerusi Fatwa MUI Nombor 131 Tahun 2026 yang diputuskan pada sidang pleno badan ulama Islam utama Indonesia itu pada Jumaat lepas.

Fatwa berkenaan turut mengharamkan pengeluaran dan penjualan vape, selain penyalahgunaan peranti itu bagi pengambilan dadah, bahan psikotropik serta bahan ketagihan lain.

Beliau berkata fatwa itu turut menggariskan 12 syor kepada pelbagai pihak, termasuk menggesa penggubalan undang-undang bagi melarang penggunaan vape serta menetapkan hukuman terhadap mereka yang melanggar larangan berkenaan.

“MUI turut menggesa kerajaan memperketat kawalan terhadap pengedaran vape, menyelaraskan dasar antara kementerian dan agensi berkaitan serta memperkukuh pengawasan oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan, iaitu agensi kawal selia makanan dan ubat-ubatan Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Asrorun berkata MUI turut mencadangkan supaya lesen bagi industri vape tidak diluluskan, selain menggesa Badan Narkotik Nasional iaitu agensi antidadah Indonesia, serta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi membanteras penyalahgunaan peranti itu.

Bagaimanapun, menurut penjelasan yang disiarkan di laman web rasmi MUI, fatwa berkenaan merupakan panduan hukum agama dan tidak secara automatik mempunyai kuat kuasa undang-undang di Indonesia. – Bernama

280 permohonan STR diserahkan kepada LHDN

KUCHING: Sebanyak 280 permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) petang tadi susulan inisiatif