Pembukaan sempadan Tebedu-Entikong: Sentuhan seni seramik Sarawak intai pasaran Kalimantan

Facebook
WhatsApp
LANGKAH memperkasakan keterhubungan rentas sempadan di kepulauan Borneo menerusi pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong, dijangka membuka lembaran baharu bagi penggiat seni kraf tangan Bumi Kenyalang memasarkan produk seramik Sarawak sebagai jenama serantau yang berdaya saing di Kalimantan, Indonesia. Foto BERNAMA

KUCHING, 10 November: Langkah memperkasakan keterhubungan rentas sempadan di kepulauan Borneo menerusi pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong, dijangka membuka lembaran baharu bagi penggiat seni kraf tangan Bumi Kenyalang memasarkan produk seramik Sarawak sebagai jenama serantau yang berdaya saing di Kalimantan, Indonesia.

Presiden Persatuan Pengusaha Seramik Kuching (PERSERA) yang juga pengusaha manik seramik, Zurenawatte Zaidi berkata industri seramik tempatan memiliki kekuatan pasaran berdaya saing, dipacu oleh kualiti tanah liat dari Sarawak yang diiktiraf pada peringkat global.

PENGUSAHA seramik Nesieo Hioko Jurang, 30, berkata hasil karya seninya yang mengetengahkan corak dan identiti Sarawak, berpotensi tinggi menembusi pasaran negara jiran, sekali gus memperkukuh ikatan silang budaya antara masyarakat serantau. Foto BERNAMA

“Tanah liat Sarawak diiktiraf mempunyai kualiti tertinggi, kerana mampu menahan suhu pembakaran ekstrem melebihi 1,200 darjah Celsius tanpa mudah rosak. Kita turut bekerjasama dengan SIRIM yang mengajar kami menghasilkan teknologi ini supaya tanah liat lebih tahan.

“Dengan pembukaan sempadan, ia memberi peluang buat pengusaha seramik melebarkan sayap ke kawasan Kalimantan, contohnya buat program di sana atau penghantaran kraf ke sana menggunakan jalan darat,” kata pemilik Heliconia Craft Collection itu, kepada Bernama.

PRESIDEN Persatuan Pengusaha Seramik Kuching (PERSERA) yang juga pengusaha manik seramik, Zurenawatte Zaidi berkata kejayaan produk seramik tempatan menembusi pasaran antarabangsa antaranya Jepun, Filipina, Vietnam dan Eropah membuktikan kemampuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri itu, sekali gus menjadikan Kalimantan sebagai sasaran strategik terdekat yang berpotensi besar. Foto BERNAMA 

Zurenawatte berkata kejayaan produk seramik tempatan menembusi pasaran antarabangsa antaranya Jepun, Filipina, Vietnam dan Eropah membuktikan kemampuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri itu, sekali gus menjadikan Kalimantan sebagai sasaran strategik terdekat yang berpotensi besar.

Beliau berkata sokongan daripada agensi berkaitan seperti Majlis Kraf Sarawak, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, turut membantu ahli PERSERA mempertingkatkan kualiti pengeluaran serta memperluas rangkaian pasaran antarabangsa.

PRESIDEN Persatuan Pengusaha Seramik Kuching (PERSERA) yang juga pengusaha manik seramik, Zurenawatte Zaidi berkata industri seramik tempatan memiliki kekuatan pasaran berdaya saing, dipacu oleh kualiti tanah liat dari Sarawak yang diiktiraf pada peringkat global. Foto BERNAMA

Dalam pada itu, pengusaha seramik Nesieo Hioko Jurang, 30, atau lebih dikenali sebagai Yoko berkata hasil karya seninya yang mengetengahkan corak dan identiti Sarawak, berpotensi tinggi menembusi pasaran negara jiran, sekali gus memperkukuh ikatan silang budaya antara masyarakat serantau.

Graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) jurusan seni halus itu berkata motif unik menerusi lukisan tangan bebas, seperti bangunan ikonik Dewan Undangan Negeri Sarawak serta corak kain pua kumbu masyarakat Iban, mendapat perhatian pelanggan luar negara seperti Eropah, China dan Australia.

“Jadi, saya akan hasilkan lebih banyak lukisan seramik yang ada identiti Sarawak pada BorneoCraft Global 2.0 Expo & Conference (BCG 2.0) nanti pada 25 hingga 29 Nov. Ia juga peluang untuk PERSERA ketengahkan produk masing-masing kepada pengunjung luar seperti Kalimantan,” katanya.

PENGUSAHA seramik Nesieo Hioko Jurang, 30, berkata hasil karya seninya yang mengetengahkan corak dan identiti Sarawak seperti bangunan ikonik Dewan Undangan Negeri Sarawak serta corak kain pua kumbu masyarakat Iban, mendapat perhatian pelanggan luar negara seperti Eropah, China dan Australia. Foto BERNAMA

Yoko berkata pembukaan laluan darat Tebedu-Entikong, turut menjadi penyelesaian kritikal kepada kelangsungan perniagaan barangan seni yang rapuh seperti seramik dan kaca, yang perlu dikendalikan dengan teliti, selain menjimatkan kos pengangkutan tanpa menggunakan pengangkutan udara.

Prospek cerah sektor kraf seramik selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 iaitu Malaysia dan Indonesia bersetuju mempercepatkan pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong bagi memudahkan pergerakan dua hala.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Presiden Sarawak Business Federation (SBF) Datuk Jonathan Chai Voon Tok menyifatkan inisiatif penaiktarafan laluan perdagangan itu, bukan sahaja merancakkan aktiviti ekonomi dan perdagangan, malah memperkukuh ikatan silang budaya yang erat antara masyarakat Sarawak dan Kalimantan.- Bernama

Menanti yang pasti

DALAM kehidupan ini, kita sebenarnya sentiasa menanti sesuatu. Ketika kecil, kita menanti untuk menjadi dewasa. Ketika belajar, kita menanti kejayaan.

Api amarah yang membakar pahala

MARAH merupakan salah satu sifat semula jadi yang terdapat dalam diri setiap manusia. Perasaan ini boleh hadir apabila seseorang berhadapan