Projek tebatan banjir Gem Park beri manfaat kepada 500 penduduk

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming melakukan simbolik pecah tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bintulu Fasa Dua di Gem Park, Bintulu.

BINTULU, 9 November: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bintulu Fasa Dua di Gem Park bernilai RM7.77 juta dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 500 penduduk melibatkan 94 rumah di kawasan berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, projek itu dirangka dengan mengambil kira dua faktor utama yang menyumbang kepada kejadian banjir di kawasan berkenaan, iaitu aliran air dari kawasan sekitar serta kedudukan muka bumi Gem Park yang rendah.

Menurutnya, pembinaan parit monsun akan membolehkan air dari kawasan berhampiran disalurkan terus ke sungai, manakala sebuah kolam takungan baharu akan dibina bagi menampung lebihan air ketika paras sungai tinggi.

“Apabila paras air sungai tinggi, air akan disimpan sementara di kolam takungan.

“Dan juga, apabila paras air menurun, air berkenaan akan dipam keluar,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis pecah tanah projek itu di sini, hari ini.

Sim berkata, kaedah berkenaan penting bagi memastikan air dari kawasan rendah dapat diuruskan dengan lebih berkesan, khususnya ketika paras sungai meningkat atau berlaku air pasang.

Beliau turut memuji Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak kerana berjaya menyelesaikan proses tender projek berkenaan dalam tempoh singkat selepas perbincangan mengenainya diadakan sebelum ini.

Menyentuh usaha menangani banjir setempat di Bintulu, beliau berkata lima projek di kawasan dikenal pasti kini berada pada peringkat pelaksanaan berbeza, dengan satu daripadanya telah siap manakala satu lagi mencapai kemajuan 86 peratus.

Katanya, satu projek sedang melalui proses pelantikan kontraktor pengganti menerusi tender terbuka, satu lagi dijadualkan untuk ditender pada 17 November ini, manakala satu projek telah selesai ditender dan kini dalam penilaian.

Beliau berkata terdapat satu lagi kawasan yang masih memerlukan perancangan penyelesaian bagi menangani masalah banjir setempat.

Bagaimanapun, Sim berkata isu banjir Bintulu pada skala lebih luas memerlukan pendekatan berbeza kerana turut dipengaruhi aliran air dari kawasan hulu dan paras air laut.

Justeru, katanya, penyelesaian jangka panjang memerlukan perancangan pada skala wilayah serta kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk dari segi penyediaan peruntukan yang lebih besar.

Oleh Carolyne Utih

Jentera PBB Bukit Kota bersedia hadapi PRN

KUCHING, 9 November: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat cawangan Bukit Kota telah diaktifkan dan bersedia menghadapi Pilihan