SEOUL, 9 November: Syarikat hiburan terkemuka K-pop, JYP Entertainment pada Isnin mengumumkan akan memperkenalkan kumpulan lelaki baharu dikenali sebagai “oftheblue” di bawah label Squ4d pada tahun depan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut JYP, oftheblue merupakan kumpulan lelaki pertama di bawah label Squ4d yang sebelum ini memperkenalkan kumpulan wanita K-pop Nmixx.
Nama kumpulan itu diilhamkan daripada ungkapan bahasa Inggeris “out of the blue”, manakala warna biru melambangkan kemungkinan tanpa batasan, kebebasan dan jiwa muda, menurut syarikat itu.
Oftheblue merupakan kumpulan lelaki K-pop pertama yang bakal membuat penampilan sulung di bawah JYP dalam tempoh dua tahun sejak KickFlip debut pada 2025. – Bernama





