SIBU, 8 November: Peserta dari Sibu mempamerkan prestasi membanggakan apabila meraih beberapa kejuaraan dalam Kejohanan Skuasy Piala Lau Swee Nguong 2026 yang berlangsung dari 6 hingga 8 November.
Kejohanan itu menyaksikan penyertaan pemain daripada beberapa persatuan termasuk Sibu, Kuching, Miri, Bintulu dan Samarahan yang bersaing dalam pelbagai kategori umur dan acara perseorangan dan beregu.
Dalam kategori Beginner Bawah 9 Tahun (U9) Campuran, Ivan Wong Sieng Huat dari Sibu muncul juara, diikuti Ting Chin Teng dari Miri di tempat kedua dan Bradley Tong Qian Le di tempat ketiga.
Bagi kategori Lelaki Bawah 9 Tahun (BU9), Caleb Chung Hao Yu dari Miri meraih tempat pertama, manakala Sion Chiong Wei Chao dari Miri menduduki tempat kedua dan Tan Rui Yang dari Kuching di tempat ketiga.
Dalam kategori Lelaki Bawah 11 Tahun (BU11), Yip Ee Ming dari Miri muncul juara, diikuti Milton Chong Yik Xuan dari Kuching di tempat kedua dan Carswell Chung Hao Zhe dari Miri di tempat ketiga.
Sementara itu, kategori Lelaki Bawah 13 Tahun (BU13) menyaksikan Bryan Wee Chen Yaw dari Sibu meraih kejuaraan, manakala Kong Chak Yik dan Cayden Lim Kee Hon, masing-masing dari Sibu, menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun (BU15) yang turut dikenali sebagai LSN Trophy, Brendan Lim Lee Ann dari Sibu muncul juara, diikuti Edric Ngieng Hui Hong di tempat kedua dan Julius Wong Kee Hao di tempat ketiga.
Dalam kategori Perempuan Bawah 11 Tahun (GU11), Khaira Maisara Mohammad Zairul dari Miri menduduki tempat pertama, diikuti Ashley Natalie Nila James dari Sibu di tempat kedua dan Aliya Chong Li Ya dari Kuching di tempat ketiga.
Kategori Perempuan Bawah 13 Tahun (GU13) pula menyaksikan Bernadette Therese Donny dari Sibu muncul juara, diikuti Tan Rui Jie dari Kuching di tempat kedua dan Chloe Wong Yu Xin dari Sibu di tempat ketiga.
Bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun (GU15), Dayang Batrisyia Awang Suhaili dari Kuching meraih kejuaraan, manakala Micky Lau Tsin Yee dan Dayang Ameera Mae, kedua-duanya dari Sibu, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Dalam kategori Men’s Premier, Aaron Sebastian Ting Sie Giat dari Sibu muncul juara, diikuti Nicholas Tang Zheng Xin dari Kuching di tempat kedua dan Gajananath Christopher dari Kuching di tempat ketiga.
Kategori Veteran 1 pula dimenangi Tang Sai Hang dari Sibu, manakala Kong Sieng Chien dan Michael Ho Wei Lee, juga dari Sibu, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi acara Beregu Lelaki, pasangan Arslan Khan dan Caleb Lau dari Sibu meraih tempat pertama, diikuti pasangan Ting Sim dan Gajananath Christopher di tempat kedua.
Sementara itu, pasangan Bryan Wee Chen Yaw dan Brendan Lim Lee Ann dari Sibu muncul juara acara Beregu Remaja berusia 12 hingga 15 tahun.
Tempat kedua dimenangi pasangan Edric Ngieng Hui Hong dan Samuel Bryan Donny, manakala pasangan Jeremiah Wong Yew Xun dan Tan Yee Ming menduduki tempat ketiga.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Rakyat, Senator Robert Lau Hui Yew. Turut hadir ialah Presiden Persatuan Skuasy Sibu, Kan Wen Chess.
Oleh Akun Giman





