Arab Saudi pamer teknologi AI untuk jemaah haji pada persidangan haji

Facebook
WhatsApp
ARAB Saudi mengetengahkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian digital bagi meningkatkan keselamatan, pengurusan jemaah serta kelancaran pergerakan di kawasan tanah suci menerusi Persidangan dan Pameran Haji edisi keenam di Jeddah, dari 8 hingga 11 November ini.

JEDDAH, 7 November: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi akan menyertai Persidangan dan Pameran Haji edisi keenam bertemakan ‘Dari Makkah ke Dunia’ dari 8 hingga 11 November menerusi sebuah pavilion di Jeddah Superdome, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menerusi pavilion dan sesi perbincangan panel, kementerian itu akan mengetengahkan usaha serta inisiatif dalam bidang perkhidmatan, penjagaan kesihatan, kemanusiaan dan keselamatan. Ini termasuk mempamerkan sistem serta peralatan keselamatan yang dipertingkatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian digital bagi pengurusan orang ramai serta kawasan tanah suci.

Kementerian itu juga akan mengetengahkan kempen ‘Tiada Haji Tanpa Permit’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai peraturan dan arahan haji, selain Inisiatif Laluan Makkah yang memudahkan perjalanan jemaah haji dari negara asal mereka.- Bernama-SPA