Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Petronas Lachau

Facebook
WhatsApp
SEORANG lelaki mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal kendiri di kawasan Petronas Lachau. Foto: APM Sri Aman

SRI AMAN, 6 November: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal kendiri di kawasan Petronas Lachau, di sini, hari ini.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sri Aman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi menggunakan ambulans bagi memberikan bantuan kecemasan.

Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati seorang lelaki menjadi mangsa kemalangan berkenaan.

Mangsa dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian pinggang dan belakang selain mengalami kecederaan luka pada muka.

Anggota APM kemudian memberikan bantuan awal serta memantau keadaan mangsa sebelum membawanya ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan lanjut.

APM Daerah Sri Aman menegaskan komitmennya untuk terus memberikan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kepada masyarakat dengan pantas, cekap serta berintegriti.

Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi APM Daerah Sri Aman menerusi talian 083-320973.

Oleh Adi Safarman