AKPS perkukuh kawalan keselamatan di Pelabuhan Bintulu

Facebook
WhatsApp
KETUA Pengarah AKPS, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain meninjau operasi harian di Pelabuhan Bintulu bagi memastikan kesiapsiagaan kawalan keselamatan pintu masuk perdagangan antarabangsa. Foto AKPS

BINTULU, 5 November: Pengukuhan pemeriksaan berasaskan profil risiko dan penyelarasan antara agensi menjadi antara tumpuan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam memastikan keselamatan Pelabuhan Bintulu sebagai pintu masuk perdagangan antarabangsa negara.

Ketua Pengarah AKPS, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengadakan lawatan kerja ke pelabuhan berkenaan hari ini bagi meninjau operasi harian serta bertemu pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.

LAWATAN kerja AKPS ke Pelabuhan Bintulu memberi tumpuan kepada pengukuhan pemeriksaan berasaskan profil risiko bagi mengekang penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Foto AKPS

Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook AKPS, Pelabuhan Bintulu mempunyai peranan strategik dalam aspek keselamatan sempadan negara berikutan fungsinya sebagai pintu masuk perdagangan antarabangsa.

Sehubungan itu, pemeriksaan berdasarkan profil risiko serta penyelarasan antara agensi perlu diperkukuh bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

MOHD Shuhaily bertemu pegawai dan anggota yang bertugas di Pelabuhan Bintulu bagi meninjau kesiapsiagaan serta pelaksanaan kawalan di lapangan. Foto AKPS

Kesiapsiagaan petugas serta keberkesanan kawalan turut menjadi asas penting dalam melindungi hasil negara, selain memelihara keselamatan dan kedaulatan Malaysia.