300 kilogram kokain ditemukan dalam kotak pisang di Jerman

Facebook
WhatsApp
300 kilogram kokain dalam kotak pisang di sebuah pasar borong di bandar Nuremberg, selatan bandar Nuremberg, Jerman. Foto Agensi

NUREMBERG, Jerman, 5 November: Pihak polis dan pegawai kastam Jerman menemukan 300 kilogram kokain dalam kotak pisang di sebuah pasar borong di bandar Nuremberg, selatan negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pejabat Polis bahagian Jenayah Negeri Bavaria (LKA) di Munich memaklumkan bahawa dadah yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira €20 juta (AS$22 juta) mengikut harga pasaran.

Menurut LKA, pihak pengurusan pasar borong berkenaan menghubungi polis pada Isnin susulan cubaan pecah masuk.

Susulan kejadian itu, pemeriksaan dijalankan terhadap kotak pisang yang sedang disediakan untuk dihantar kepada peruncit makanan.

Seorang pekerja menyedari bahawa satu daripada kotak berkenaan terlalu berat sebelum penyiasat menemukan beberapa ketulan kokain di dalamnya.

LKA memaklumkan bahawa polis dan pihak berkuasa kastam kemudian memeriksa sejumlah besar kotak yang disusun di atas 50 palet dan menemukan lebih banyak ketulan kokain.

Siasatan mendapati kotak pisang berkenaan tiba di pelabuhan Vlissingen, Belanda, menerusi sebuah kapal kargo dari Ecuador sebelum dihantar ke Nuremberg. – Bernama

Ancaman bom ganggu penerbangan di Eropah

LONDON, 4 November: Kira-kira 10 penerbangan di Eropah menjadi sasaran ancaman bom, menyebabkan sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup sementara