KUCHING, 3 November: Bintulu dan Samalaju kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, berdasarkan status kualiti udara yang dikongsikan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).
Berdasarkan perbandingan dengan bacaan 12.00 tengah hari tadi, IPU di Bintulu meningkat sedikit daripada 52 kepada 53, manakala Samalaju menurun daripada 59 kepada 58.
Kedua-dua kawasan itu kekal dalam kategori sederhana, iaitu bagi bacaan IPU antara 51 hingga 100.
Sementara itu, kawasan lain di Sarawak terus merekodkan bacaan pada tahap baik, dengan Kuching mencatatkan 47, Samarahan (44), Serian (33), Sri Aman (32), Sarikei (27), Sibu (35), Mukah (29) dan Kapit (25).
Bacaan di Miri ialah 33, ILP Miri (27), Limbang (26), Lundu (47), Tebedu (29), Lubok Antu (33), Kanowit (35), Belaga (25) dan Lawas (37).
Antara perubahan bacaan ketara ialah penurunan di Sarikei daripada 32 kepada 27 dan Samarahan daripada 48 kepada 44, manakala Kuching meningkat daripada 42 kepada 47.
Mengikut pengelasan IPU, bacaan sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus mengikuti perkembangan kualiti udara menerusi saluran rasmi NREB.





