IPU Sarawak kekal sederhana setakat 8.00 pagi

Facebook
WhatsApp
KUALITI udara di kebanyakan kawasan di Sarawak kekal pada tahap sederhana dengan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

KUCHING, 30 Oktober: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Sarawak kekal pada tahap sederhana dengan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), sebanyak 17 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala empat kawasan berada pada tahap baik.

Betong mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 80, diikuti Serian (73), Sri Aman (72), Tebedu (68), Sarikei dan Kanowit (66) serta Lubok Antu (65).

Samarahan pula merekodkan bacaan 61, diikuti Mukah (59), Sibu dan Samalaju (58), Lundu (58), Kuching dan Kapit (57), Belaga dan Lawas (53) serta Bintulu (52).

Sementara itu, empat kawasan yang mencatatkan kualiti udara pada tahap baik ialah Miri (50), ILP Miri (46), Limbang (40) dan Bario (33).

Tiada kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat atau lebih buruk setakat tempoh berkenaan.

Oleh Norman B