JIMS terima kunjungan hormat TYT Ambassador Henry Assan

Facebook
WhatsApp
PEGAWAI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menghadiri sesi perbincangan sempena kunjungan hormat Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, TYT Ambassador Hendy Assan. Foto JIMS

KUCHING, 29 Oktober: Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, Datuk Abdul Halim Abang Naili, menerima kunjungan hormat Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, TYT Ambassador Hendy Assan, semalam.

Kunjungan itu bertujuan mempererat hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua agensi Persekutuan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

PENGARAH JIM Sarawak, Datuk Abdul Halim Abang Naili, menyampaikan cenderamata kepada TYT Ambassador Hendy Assan. Foto JIMS

Menurut JIM Sarawak, pertemuan itu turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, bertukar-tukar pandangan serta membincangkan isu semasa berkaitan bidang tugas kedua-dua pihak.

Selain itu, kunjungan berkenaan membuka ruang untuk memperkukuh komunikasi, penyelarasan dan perkongsian maklumat berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

TYT Ambassador Hendy Assan menandatangani buku JIM Sarawak sempena kunjungan hormat di Kuching. Foto JIMS

JIM Sarawak berharap hubungan baik itu dapat diteruskan menerusi kerjasama berterusan bagi menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, profesional dan berkesan.

Oleh Shikin Mahmud

11 kawasan Sarawak rekod IPU sederhana

KUCHING, 29 Oktober: Sebanyak 11 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 4.00 petang