Wanita cedera, bayi dibawa ke hospital selepas dua kenderaan berlanggar

Facebook
WhatsApp
CEDERA...Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan dalam kemalangan di Krokop 2, Miri malam tadi.

MIRI, 28 Oktober: Seorang wanita cedera manakala seorang bayi dibawa ke hospital selepas dua kenderaan berlanggar di Krokop 2 di sini malam tadi.

Dalam kajadian itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar 7.24 malam.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang berada di tempat duduk hadapan kenderaan mengalami kecederaan.

Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum menyerahkannya kepada petugas kesihatan  untuk tindakan lanjut.

Seorang bayi turut dibawa ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Operasi melibatkan lima anggota dengan sebuah jentera bomba dan tiga anggota EMRS itu tamat pada 7.56 malam selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

Oleh Liong Chai Ling