KUCHING: Industri pelancongan di negeri ini perlu ‘dibangkitkan’ semula bagi menghidupkan sektor ekonomi Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata, sudah tiba masanya sektor pelancongan di Bumi Kenyalang ini di rancakkan semula dalam usaha untuk memulihkan ekonomi di negeri ini.
Menurutnya, industri pelancongan merupakan antara salah satu sektor yang penting bagi memacu Sarawak menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.
“Sudah tiba masanya industri pelancongan untuk bangkit semula setelah lebih 18 bulan terkesan disebabkan pandemik Covid-19.
“Ini merupakan salah satu langkah pemulihan yang diambil Kerajaan Sarawak di dalam strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 yang dilancarkan oleh Ketua Menteri pada Julai lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2021 yang bertemakan ‘Sarawak Commitment to Responsible Tourism’ di sini kelmarin.
Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap pelbagai inisiatif dan kerjasama daripada penggiat industri muzik seperti Festival Musik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang memindahkan acara ke platform maya.
Tambahnya, antara lain penganjuran Persidangan Antarabangsa Mengenai Pelancongan dan Perhotelan yang Bertanggungjawab (ICRTH), yang menarik ribuan peserta antarabangsa.
Turut Hadir, Setiausaha Tetap,Hii Chiang Kee, Pro Vice-Chancellor,Universiti UCSI Kampus Sarawak, Mukvinder Kaur Sandhu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak Sharzede Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Acara Perniagaan Sarawak Amelia Roziman.
Oleh JEAKQLEYN YACHO