PM Anwar doakan kesembuhan Ustaz Wadi Annuar

Facebook
WhatsApp
PM Anwar mendoakan kesembuhan Ustaz Wadi Annuar yang cedera dalam kemalangan di Gerik, Perak, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 23 Oktober: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Beliau berharap agar Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada pendakwah itu dalam menempuh ujian berkenaan.

“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Wadi Annuar antara lima individu yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat, Gerik kira-kira 2.40 pagi tadi.- Bernama

DUN Sarawak dijangka bubar petang ini

PETRA JAYA, 23 Oktober: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan petang ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri