Bomba bersih landasan Lapangan Terbang Lawas

Facebook
WhatsApp
KHIDMAT KHAS… Zaki Husin turut turun padang membantu pembersihan landasan lapangan terbang di Lawas.

LAWAS: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas mengambil masa lebih dua  untuk melakukan kerja-kerja pembersihan landasan Lapangan Terbang Lawas yang diitutup selama tiga hari mulai Selasa lepas.

Ketua BBP Lawas Zaki Husin berkata, kerja pembersihan itu turut dibantu pasukan bomba sukarela Lawas dan pasukan bomba bantuan Lapangan Terbang Lawas.

“Pasukan kita turut terlibat dalam membantu menjalankan pembersihan kawasan landasan Lapangan Terbang Lawas yang terjejas akibat banjir,” katanya, semalam.

Jelas Zaki operasi yang bermula  3.10 petang itu berakhir 5.25 petang.

Kelmarin Lapangan Terbang Lawas ditutup selama tiga hari mulai semalam berikutan landasannya dinaiki air.

Penutupan ini juga disebabkan keadaan landasan yang merbahaya untuk pendaratan dan pelepasan pesawat.