Toyota Hilux terbabas di Kampung Belimbing, dua cedera

Facebook
WhatsApp
TOYOTA Hilux terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman dekat Kampung Belimbing. Foto PGO Bomba Sarawak

SERIAN, 18 Oktober: Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas sebuah Toyota Hilux terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo laluan Serian-Sri Aman berhampiran Kampung Belimbing, petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.41 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian tiba di lokasi pada 4.59 petang.

Kemalangan itu melibatkan dua mangsa yang tidak tersepit, iaitu seorang wanita dewasa yang mengadu sakit pada bahagian pinggang dan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian memberikan rawatan awal kepada wanita berkenaan dengan memasang kolar servikal bagi menstabilkan lehernya sebelum memindahkannya menggunakan pengusung.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Seramai lapan anggota BBP Serian digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah Jentera Penyelamat dan Pemadam Kebakaran (FRT) serta sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS). Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut berada di lokasi bagi membantu operasi.

Operasi dilaporkan terkawal pada 5.10 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 5.19 petang selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat.

Oleh Adi Safarman

Lori terbalik, dua lelaki cedera

SELANGAU, 16 Oktober: Dua lelaki cedera selepas sebuah lori terbabas sebelum terbalik di tepi jalan di Kilometer 114, Jalan Sibu-Bintulu,