SIBU, 18 Oktober: Debbie Iing Rou Yi dari Sekolah Antarabangsa Lodge muncul juara kategori senior Pertandingan Pidato Spontan Persatuan Graduan Australia Sarawak (Saga) 2026 yang berlangsung di sini, hari ini.
Tempat kedua dimenangi Felicity Ho Ee Suen dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua, manakala Myles Hii dari SMK Methodist menduduki tempat ketiga.
Tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing disandang Clement Hu Siew En (SMK Tiong Hin), Yap Elaine (SMK Deshon), Eva Kan Zhao Ning (SMK St Elizabeth), Joel Ling Zhe Xuan (Sekolah Antarabangsa Woodlands), Scarlet Viviana Ken (SMK Tiong Hin), Nur Akma Syafira Abdulpatta (SMK Rosli Dhoby) dan Anreana Al-Fia Tarra Andrew (SMK Bandar Sibu).
Lima peserta kategori senior turut menerima Anugerah Kecemerlangan, iaitu Ozgon Ngu Ngie Xun, Theodore Ting Nik Leon, Victor Hii Jun Siong, Evan Sim Teck Yang dan Thomas Junior Ling Han Yi.
Bagi kategori junior, SMK Methodist menguasai tiga tempat teratas apabila Jessica Ting Sze Jia dinobatkan sebagai juara, diikuti Jeremy Yii Zi Young di tempat kedua dan Nur Hani Batrishya Mohamad Hisyam di tempat ketiga.
Tempat keempat dimenangi Ian Liew Ting Yee dari Yayasan, manakala Samuel Kong Bang Kiet dan Adrian Su Li Wooi, kedua-duanya dari SMK Sacred Heart, masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam.
Mabel Su Yu Han dari SMK St Elizabeth berada di tempat ketujuh, diikuti Chloe Ting Li Nee (SMK Tiong Hin) di tempat kelapan, Irisha Bethania Chin Lawrence (SMK Rosli Dhoby) di tempat kesembilan dan Clarence Ling Hen Zhen (Sekolah Antarabangsa Woodlands) di tempat kesepuluh.
Lima peserta kategori junior turut menerima Anugerah Kecemerlangan, iaitu Wong Shi Yaw dari SMK Tiong Hin, Hu Wenrui dan Ting Kingsley Tiew Hee dari Sekolah Antarabangsa Woodlands serta Isabelle Ivory Andy dan Jeszabel Sri Cassy dari SMK Bukit Assek.
Pertandingan yang disertai 51 peserta itu bertujuan mengasah kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis serta membina keyakinan diri dalam kalangan generasi muda.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Saga, Temenggung Dato Vincent Lau, di Wisma Huawen Du Zhong, hari ini.
Oleh Akun Giman





