Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia
  • TEMPATAN

Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH…Datu Penguang Manggil menyerahkan cek peruntukan MRP kepada Pengerusi JKKK Kampung Cina, Kapitan Chin Fong Yung.

MARUDI: Masyarakat di daerah ini perlu meniupkan semangat patriotik terhadap negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia, kata Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Marudi, Datu Penguang Manggil.

Katanya, masyarakat digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang iaitu pada Khamis ini sebagai tanda penghormatan penubuhan Malaysia.

Beliau juga berharap supaya golongan remaja hari ini perlu mendalami sejarah pembentukan Hari Malaysia pada 1963.

“Kita tidak menyertai Malaysia, tetapi kita tubuh Malaysia bersama Sabah dan Singapura. Tanpa Sabah dan Sarawak maka tidak wujud Negara Malaysia,” Katanya.

Dalam pada itu, Penguang mengajak agensi kerajaan di sini supaya meraikan sambutan Hari Malaysia dengan mengadakan Jamuan Teh secara sederhana bagi memperingati Hari Malaysia.

“Tema sambutan Hari Malaysia, Malaysia Prihatin dan Malaysia Menang bersama, yang akan diadakan di Kuching, maksud kita perlu bersatu padu dan bersama memerangi wabak Covid-19,” katanya selepas upacara penyerahan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada empat pertubuhan dilangsungkan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi.

Turut menerima peruntukan MRP tersebut, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina Marudi berjumlah RM15,000, Baram Hakka Community Association (RM15,000), JKKK Kawasan Sg Pasir / Sg Jaong / Jalan Limbang (RM15,000) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (RM10,000).

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Program PICK remaja tepat pada masanya
Next: RUNDINGAN MA63 DITERUSKAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.