ACL2: Kitchee ikat The Cats 1-1, Calderón puji semangat juang anak buahnya

Facebook
WhatsApp
KETUA jurulatih Kitchee SC, Iñigo Calderón memuji semangat juang anak buahnya yang terus berusaha meskipun tidak mempamerkan prestasi terbaik ketika mengikat Kuching City FC 1-1 dalam aksi ACL2 di Stadium Taha Ariffin.

PETRA JAYA, 15 Oktober: Ketua jurulatih Kitchee SC, Iñigo Calderón memuji semangat juang anak buahnya selepas pasukan dari Hong Kong itu bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Kuching City FC 1-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, malam ini.

Calderón mengakui Kitchee tidak mempamerkan prestasi terbaik, namun berpuas hati dengan kesungguhan pemain yang terus berjuang dalam perlawanan sukar itu sehingga berjaya menyamakan kedudukan.

Beliau berkata, komitmen yang ditunjukkan pemain menjadi perkara utama yang dibanggakannya, tanpa mengira sama ada pasukan beraksi pada tahap terbaik atau sebaliknya.

“Saya sangat bangga dengan pemain. Mereka memberikan segala-galanya dalam keadaan yang sukar dan saya tidak boleh meminta lebih daripada itu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Mengulas kesilapan yang berlaku sepanjang perlawanan, Calderón berkata beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain kerana kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak, sebaliknya menekankan kepentingan reaksi pasukan untuk terus bersaing.

Beliau turut menyifatkan keputusan seri itu adil untuk kedua-dua pasukan, selain mengingatkan anak buahnya supaya segera pulih dan membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Sementara itu, pemain Kitchee, Everton Camargo berkata, pasukannya berdepan cabaran bermain dalam cuaca panas, namun keadaan itu turut dirasai kedua-dua pasukan.

Menurutnya, Kitchee berusaha bangkit selepas dibolosi terlebih dahulu dengan saling membantu dan terus berjuang sehingga berjaya menyamakan kedudukan.

Beliau menyifatkan satu mata di tempat lawan sebagai keputusan yang tidak mengecewakan, namun mengakui pasukan masih perlu memperbaiki beberapa aspek permainan.

Everton berkata, keyakinan serta semangat kebersamaan dalam pasukan penting untuk memastikan pemain terus memberikan komitmen, selain bersedia beraksi di posisi berbeza mengikut keperluan pasukan.

Keputusan itu menyaksikan Kitchee memperoleh satu mata selepas dua perlawanan dalam saingan Kumpulan H ACL2, susulan keputusan seri tanpa jaringan menentang Gangwon FC dalam aksi pembukaan.

Oleh Afiq Sallehi 

Kuching City diikat Kitchee 1-1

PETRA JAYA, 15 Oktober: Kuching City FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang wakil Hong Kong, Kitchee SC,