Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun disyaki seludup kokain

Facebook
WhatsApp
LIMA rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, disyaki cuba seludup kira-kira 5kg kokain bernilai 120 juta yen yang disorok di bawah pelapik kasut.

TOKYO, 13 Oktober: Lima rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo kerana disyaki cuba menyeludup masuk kokain seberat kira-kira lima kilogram dari Malaysia yang dianggarkan bernilai 120 juta yen (AS$758,000) di pasaran gelap, lapor Kyodo News.

Dadah itu disembunyikan di bawah pelapik dalam kasut mereka.

Polis mengesyaki kelima-lima individu itu mungkin direkrut sebagai keldai dadah selepas hasil soal siasat mendapati mereka menghadapi masalah kewangan dan telah berkomunikasi dengan seorang individu tidak dikenali menerusi aplikasi pemesejan yang menawarkan tahap ketanpanamaan yang tinggi.

Menurut polis, empat daripada suspek mengaku melakukan perbuatan itu, manakala seorang lagi menafikannya. Kesemua mereka ditahan pada Sabtu.

Pegawai pemeriksa kastam pada mulanya menemukan bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik dalam kasut dua suspek, dengan setiap sebelah kasut mengandungi 500 gram dadah itu.

Keterangan kedua-dua suspek itu kemudian menimbulkan syak wasangka bahawa mereka melakukan perjalanan bersama individu lain, sekali gus membawa kepada penemuan tiga lagi suspek di lapangan terbang berkenaan yang turut menyembunyikan kokain di dalam kasut mereka dengan cara yang sama. – Bernama-Kyodo

Gempa bumi kuat magnitud 7.7 landa Panama

WASHINGTON, 10 Oktober: Gempa bumi kuat magnitud 7.7 melanda selatan Panama pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menaikkan