Enam lelaki ditahan dalam operasi dadah di Bau, syabu bernilai RM50 dirampas

Facebook
WhatsApp
DADAH jenis syabu yang dirampas daripada suspek dalam operasi membanteras dadah di Bau.

BAU, 12 Oktober: Enam lelaki berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi membanteras dadah di Bau, dengan polis merampas 0.53 gram bahan disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM50.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan dilakukan antara 11.00 pagi hingga 12.35 tengah hari, hari ini, menerusi Op Tapis Khas Sarawak Bil. 10/2026, Op Bersepadu Cegah Jenayah dan Op Kesan BSJND Bil. 161/2026.

Operasi berkenaan dijalankan di Kampung Sri-eng, Kampung Skibang dan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau.

Dalam operasi itu, polis menemui satu paket mengandungi 0.23 gram bahan disyaki syabu di sebuah rumah dua tingkat di Lorong 20, Jalan Kampung Sri-eng, manakala dua paket seberat keseluruhan 0.30 gram ditemui di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Skibang.

Dua lelaki ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan disyaki dadah berkenaan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua enam lelaki terbabit positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Mereka turut ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah.

Haide berkata, kesemua suspek mengaku kali terakhir mengambil syabu sehari sebelum ditahan.

Mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan.

Oleh Connie Chieng

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran