Enam lelaki positif dadah ditahan di Bau

Facebook
WhatsApp
ENAM lelaki ditahan kerana positif dadah di Bau

BAU, 11 Oktober: Enam lelaki berusia antara 27 hingga 37 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam operasi berasingan di sepanjang Jalan Bau-Siniawan dan Jalan Bau-Serikin awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau antara 12.05 pagi hingga 12.15 pagi semalam.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua enam suspek positif dadah,” katanya.

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

Mohd Haide menegaskan bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap sebarang penglibatan dalam penyalahgunaan dadah dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha penguatkuasaan.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di 012-208 7222 atau talian hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di 017-592 9211.