Aina Abdul, Amy Search antara artis gegarkan Konsert Rakyat di Padang Merdeka, Sabtu ini

Facebook
WhatsApp
KONSERT Rakyat sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2026 yang bakal berlangsung di Padang Merdeka, Kuching. Foto Ukas

KUCHING, 7 Oktober: Orang ramai dijemput memeriahkan Konsert Rakyat sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2026 di Padang Merdeka, Kuching, Sabtu ini.

Konsert berkenaan dijadualkan berlangsung mulai 8.00 malam dan menjadi antara acara kemuncak sambutan berkenaan.

Program itu bakal menampilkan barisan artis terkenal tanah air dan Sarawak untuk menghiburkan orang ramai.

Antara artis yang disenaraikan ialah Aina Abdul, Datuk Amy Search, Floor 88, Raquel, Yadee, Dayana Shini, Ramles Walter, Carrie Geres, Harry Parren dan Agura Band.

Kehadiran barisan artis berkenaan dijangka menarik perhatian pengunjung untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati pelbagai persembahan muzik dan hiburan.

Konsert itu turut menjadi platform untuk masyarakat Sarawak bersama-sama meraikan sambutan hari lahir ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam suasana harmoni.

AINA Abdul, Datuk Amy Search dan kumpulan Floor 88 antara artis yang bakal menghiburkan orang ramai pada Konsert Rakyat di Padang Merdeka, Kuching, Sabtu ini. Foto Agensi

Padang Merdeka dijangka menjadi tumpuan orang ramai pada malam berkenaan dengan pelbagai persembahan muzik dan hiburan yang disediakan.

Orang ramai dari sekitar Kuching dan kawasan berdekatan dialu-alukan hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.

Selain mengetengahkan hiburan, sambutan itu turut menjadi platform menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam satu acara bersama.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan kelancaran perjalanan ke lokasi dan menikmati persembahan yang disediakan.

Konsert Rakyat akan berlangsung pada 10 Oktober ini, bermula 8.00 malam di Padang Merdeka, Kuching.

Oleh Adi Safarman