SARIKEI: Sejumlah RM1,150,000 di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) diperuntukan kepada Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei untuk pembinaan stadium bola keranjang di Jalan Meranti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, peruntukan RTP tersebut adalah terdiri dari RTP 2018 sebanyak RM500,000, RTP 2020 (RM500,000) dan RTP 2021 (RM150,000).
“Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei bakal mempunyai stadium bola keranjang setelah ia siap dibina.
“Sebagai wakil rakyat DUN Repok, saya telah berusaha memberikan peruntukan untuk perkembangan Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menjalankan tinjauan perkembangan projek pembinaan stadium bola keranjang tersebut, baru-baru ini.
Tambahnya, beliau berharap mereka aktif mempromosikan bola keranjang supaya menarik lebih ramai belia mengambil bahagian dalam sukan bola keranjang.
“Saya akan terus berkhidmat untuk semua rakyat Sarikei tanpa mengira agama, bangsa atau parti politik.
“Terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Kerajaan Sarawak diatas keprihatinan dan komitmen tinggi membangunkan negeri Sarawak untuk rakyat Sarawak.