KUCHING: Sarawak Energy memperkenalkan Sistem Temujanji Sarawak Energy atau SEAS pada 1 Oktober 2021 di kaunter perkhidmatan pelanggannya di Saradise untuk meningkatkan dan memperbaiki perkhidmatan pelanggan.
Pelanggan yang merancang untuk mengunjungi kaunter perkhidmatan pelanggan di Saradise boleh membuat janji temu dalam sistem tersebut mulai 1 September 2021 dengan memilih tarikh dan waktu pilihan mereka.
Pengurus Besar untuk Jabatan Runcit Sarawak Energy Ng Shou Fui mengatakan bahawa pengenalan sistem ini akan memberi banyak manfaat kepada pelanggan, dan juga untuk mencegah penyebaran Covid-19 dengan lebih meluas.
“Dengan menggunakan SEAS sebagai platform tempahan janji temu, kami akan melihat penjadualan dan pengurusan lalu lintas yang lebih baik di kaunter perkhidmatan pelanggan kami untuk pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lebih baik.
“Dengan berbuat demikian, pelanggan tidak perlu lagi menunggu lama sebelum dihadiri oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan kami,”jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas lanjut, Ng berkata sebagai permulaan, SEB akan menerapkan sistem ini di kaunter perkhidmatan pelanggan kami di Saradise.
“Kami mensasarkan pelaksanaan SEAS di semua kaunter perkhidmatan pelanggan kami di seluruh Sarawak menjelang tahun 2022.
“Pada masa yang sama, utiliti kuasa juga mengumumkan bahawa hanya pelanggan dan kontraktor yang telah menyelesaikan dua dos vaksinasi Covid-19 yang dibenarkan memasuki mana-mana kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Energy di seluruh Sarawak,” ujarnya.
Selain itu, untuk mengakses sistem janji temu, pelanggan boleh mengunjungi laman web Sarawak Energy di https://www.sarawakenergy.com/customers dan pilih “SEAS” atau kod QR yang disediakan. Setelah janji temu berjaya dibuat, pelanggan perlu tiba di kaunter lima belas minit sebelum waktu temujanji.
Walk-in tidak lagi diterima di kaunter perkhidmatan pelanggan Saradise mulai 1 Oktober dan seterusnya kecuali perkara yang memerlukan perhatian segera.
Sarawak Energy terus menggalakkan pelanggan untuk melakukan transaksi melalui perkhidmatan dalam talian di aplikasi mudah alih Sarawak Energy “SEB Care” untuk pembayaran bil dan pertanyaan. Pembayaran juga boleh dibuat melalui platform lain seperti perbankan dalam talian, JomPay dan juga e-dompet seperti Sarawak Pay and Boost.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau e-mel customercare@sarawakenergy.com. Sebagai alternatif, pelanggan juga dapat menghubungi melalui “SEB cares”, yang dapat dimuat melalui Google Play Store dan Apple App Store.