Jambatan Batang Paloh bakal capai detik penyambungan bongkah terakhir Khamis ini

Facebook
WhatsApp
JAMBATAN Batang Paloh yang kini dalam fasa akhir pembinaan di Daro.

DARO, 5 Oktober: Jambatan Batang Paloh bakal memasuki fasa penting pembinaannya apabila majlis penyambungan akhir jambatan berkenaan dijadual berlangsung pada Khamis ini (8 Oktober).

Pejabat Daerah Daro memaklumkan majlis itu dijangka disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 1.30 petang.

KERJA pembinaan Jambatan Batang Paloh yang kini menghampiri detik penyambungan bongkah terakhir.

Majlis penyambungan akhir berkenaan menjadi antara detik penting dalam pelaksanaan projek Jambatan Batang Paloh yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan rangkaian perhubungan darat yang lebih baik.

Pembinaan jambatan itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat, selain memperkukuh hubungan perhubungan dan akses antara kawasan di sekitar Daro apabila siap kelak.

Oleh Tarani Lanting