KUALA LUMPUR, 5 Oktober: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street berikutan pertumbuhan gaji Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan, meredakan jangkaan kenaikan kadar faedah serta-merta oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.01 mata atau 0.31 peratus kepada 1,635.88 berbanding paras 1,630.87 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks utama itu dibuka 2.55 mata lebih tinggi kepada 1,633.42.
Sentimen pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 224 berbanding 158, sebanyak 337 kaunter tidak berubah, 2,054 tidak diniagakan dan 24 digantung dagangan.
Jumlah dagangan berjumlah 206.30 juta saham bernilai RM98.78 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata hasil bon 10 tahun AS kekal tinggi pada paras 5.28 peratus manakala harga minyak mentah Brent ditutup pada US$102.25 setong, menjadikan sentimen pasaran sensitif terhadap kadar faedah dan perkembangan di Asia Barat.
“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng susut di bawah paras 24,000 berikutan penyusutan saham sektor kewangan dan teknologi.
“Di pasaran tempatan, susulan penutupan lebih tinggi FBM KLCI pada Jumaat lepas, kami menjangkakan kestabilan sementara dalam julat 1,625-1,635 hari ini, dengan aktiviti pembelian saham pada harga rendah memberikan sedikit sokongan di sebalik sentimen pasaran yang berhati-hati,” katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank, CIMB dan Tenaga Nasional menambah empat sen masing-masing kepada RM10.06, RN4.70, RM7.69, dan RM13.00, manakala IHH Healthcare berkurangan enam sen kepada RM7.74.
Bagi saham aktif, VS Industry menambah tiga sen kepada 32 sen, Notion VTec naik empat sen kepada 74.5 sen, GB Bond meningkat setengah sen kepada 23.5 sen, SFP Tech menokok satu sen kepada 28.5 sen, manakala Dagang NeXchange tidak berubah pada 51.5 sen.
Antara saham paling untung, Samaiden naik 19 sen kepada RM3.03, UWC meningkat 16 sen kepada RM7.73, Critical Holdings menokok 15 sen kepada RM2.61, Mi Technovation melonjak sembilan sen kepada RM5.30, dan Solarvest mengukuh lapan sen kepada RM4.25.
Nestle mendahului saham paling rugi, susut 32 sen to RM89.20, manakala Vitrox merosot 14 sen kepada RM10.32, Kobay Technology berkurangan 12 sen kepada RM2.18, Kelington menguncup lima sen kepada RM8.58, dan YTL Power International turun empat sen kepada RM5.64.
Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 menambah 28.14 mata kepada 17,510.07, Indeks FBM Emas meningkat 33.81 mata kepada 12,204.38, Indeks FBM Top 100 naik 32.24 mata kepada 11,989.92, Indeks FBM Emas Syariah bertambah 22.28 mata kepada 12,082.60, manakala Indeks FBM ACE meningkat 31.41 mata kepada 5,560.87.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.59 mata kepada 179.11, Indeks Tenaga naik 2.57 mata kepada 835.60, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 97.59 mata kepada 19,138.10, manakala Indeks Perladangan melonjak 2.23 mata kepada 9,058.78. – Bernama





