Turkiye dilanda gempa bumi magnitud 5.2

Facebook
WhatsApp
GEMPA TURKIYE... Wilayah Osmaniye dilanda gempa bumi bermagnitud 5.2 pada kedalaman tujuh kilometer, hari ini. Foto Volcanodiscovery

ISTANBUL, 4 Oktober: Gempa bumi bermagnitud 5.2 direkodkan di wilayah Osmaniye, tenggara Turkiye hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Gempa bumi bermagnitud 5.2 berlaku di wilayah Osmaniye pada 2.43 petang (1143 GMT), dengan pusat gempa terletak berhampiran kampung Sumbas,” menurut kenyataan itu.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman tujuh kilometer.

Beberapa minit sebelum itu, dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 4.9 dan 4.8 direkodkan di wilayah Adana yang bersempadan.- Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Turkiye dilanda gempa bumi magnitud 5.2

ISTANBUL, 4 Oktober: Gempa bumi bermagnitud 5.2 direkodkan di wilayah Osmaniye, tenggara Turkiye hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan