KUCHING, 3 Oktober: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan Sarawak menunjukkan penurunan petang ini, dengan empat kawasan masih merekodkan tahap tidak sihat setakat 5.00 petang.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 139, diikuti Lubok Antu (143), Sri Aman (128) dan Belaga (120), yang kesemuanya berada pada tahap tidak sihat.
Jumlah kawasan pada tahap tidak sihat berkurang kepada empat berbanding enam kawasan pada 12.00 tengah hari tadi.
Pada masa sama, 16 stesen pemantauan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kuching (97), Samarahan (99), Sarikei (86), Sibu (81), Mukah (71), Kapit (81), Bintulu (88), Samalaju (74), Miri (65), ILP Miri (58), Limbang (57), Lundu (100), Tebedu (93), Kanowit (100), Lawas (61) dan Bario (56).
Tiada stesen pemantauan merekodkan bacaan pada tahap baik setakat 5.00 petang.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Oleh Afiq Sallehi




